BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jom Borak

Monday, January 18, 2010

Tinggal di asrama

Salam sejahtera, lama sudah tak update blog aku. Selepas ini, blog ini akan terus tidak berusik sekerap dulu. Mungkin pada hujung-hujung minggu sahaja. Ini kerana aku akan tinggal di asrama.

Hari ini, jam 9.30 pagi nanti, aku akan berdaftar sebagai pelajar RK Daerah di SMK Khir Johari. Aku akan menetap di asrama. Jarak sekolah hanya lebih kurang 1.5 km sahaja daripada rumah. Aku ingin belajar berdikari dalam menentukan masa depan aku. Banyak cerita dan pengalaman ayah dan mama aku tentang pengalaman kehidupan di asrama sewaktu persekolahan mereka. Aku menjadikan mereka sebagai idola.


Sempat juga ikut mama dan ayah pergi membeli pakaian seragam untuk RK SMK Khir Johari. Pakaian seragamnya ialah baju dan tudung berwarna kuning air. Kain dan berkasut hitam. Semua ini dibeli di Eco Station, Tanjong Malim. Cikgu berpesan, sebulan tempoh masa diberi untuk menyiapkan pakaian seragam itu. Setakat ini, aku masih berpakaian Baju putih dan berkain biru muda dan berkasut putih.

Persekolahan RK Daerah di SMK Khir Johari untuk tingkatan 1 adalah sesi pagi. Pelajar tingkatan 1 bukan RK adalah sesi petang. Oleh itu sewajarnya aku tinggal di asrama untuk memudahkan banyak urusan. Jika ada sebarang masalah, aku akan telefon mama atau ayah untuk membantu. Heeheh. Sementara jarak rumah dengan sekolah amat berdekatan, boleh aku pulang setiap hujung minggu. Heeeh. Aku akan ada istilah, BALIK KAMPUNG......