BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jom Borak

Monday, January 18, 2010

Tinggal di asrama

Salam sejahtera, lama sudah tak update blog aku. Selepas ini, blog ini akan terus tidak berusik sekerap dulu. Mungkin pada hujung-hujung minggu sahaja. Ini kerana aku akan tinggal di asrama.

Hari ini, jam 9.30 pagi nanti, aku akan berdaftar sebagai pelajar RK Daerah di SMK Khir Johari. Aku akan menetap di asrama. Jarak sekolah hanya lebih kurang 1.5 km sahaja daripada rumah. Aku ingin belajar berdikari dalam menentukan masa depan aku. Banyak cerita dan pengalaman ayah dan mama aku tentang pengalaman kehidupan di asrama sewaktu persekolahan mereka. Aku menjadikan mereka sebagai idola.


Sempat juga ikut mama dan ayah pergi membeli pakaian seragam untuk RK SMK Khir Johari. Pakaian seragamnya ialah baju dan tudung berwarna kuning air. Kain dan berkasut hitam. Semua ini dibeli di Eco Station, Tanjong Malim. Cikgu berpesan, sebulan tempoh masa diberi untuk menyiapkan pakaian seragam itu. Setakat ini, aku masih berpakaian Baju putih dan berkain biru muda dan berkasut putih.

Persekolahan RK Daerah di SMK Khir Johari untuk tingkatan 1 adalah sesi pagi. Pelajar tingkatan 1 bukan RK adalah sesi petang. Oleh itu sewajarnya aku tinggal di asrama untuk memudahkan banyak urusan. Jika ada sebarang masalah, aku akan telefon mama atau ayah untuk membantu. Heeheh. Sementara jarak rumah dengan sekolah amat berdekatan, boleh aku pulang setiap hujung minggu. Heeeh. Aku akan ada istilah, BALIK KAMPUNG......

Saturday, November 21, 2009

:: Kenangan UPSR 2009 dan kawan-kawan ::

:: Kenangan sewaktu keputusan UPSR 2009 diumumkan ::
(19 November 2009)



Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya aku berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2009. Aku juga mengucapkan banyak-banyak... terima kasih kepada guru-guru di SK Kampong Melayu (2004-2008) dan SK Tanjong Malim (2009) yang telah mengajar aku tanpa mengenal erti penat lelah. Terima kasih cikgu!!!

Aku juga mengucapkan banyak-banyak ....terima kasih kepada mama dan ayah sebab sanggup tahan dengan kerenah aku selama ini dan juga sanggup menghabiskan beringgit-ringgit untuk membeli bermacam-macam buku, alat tulis dan persediaan untuk menghadapi UPSR tahun ini. Aku juga berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mendoakan aku supaya berjaya dalam UPSR, terutamanya kepada mama, ayah, adik-adik, atuk, nenek, rakan-rakan dan ra...mai.... lagi. Terima kasih semua!!!

Aku juga berharap, sesiapa yang tidak mendapat keputusan UPSR yang memuaskan, harap mereka tabahkan hati supaya tidaklah terlalu sedih dengan keputusan itu. Walaupun begitu, pastikan usaha beterusan kerana UPSR hanyalah sebagai langkah permulaan yang belum pasti untuk menentukan keputusan laluan kehidupan di masa akan datang... Kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha. Insyaallah...


:: Kenangan selepas keputusan UPSR 2009 diumumkan ::
(Kawan-kawan boleh download sekarang)

Di tempat perhimpunan.
Di taman.
Di pondok "Pak Guard".
Di taman.
Di taman.
Di pondok "Pak Guard".

Di kantin (Murid kelas 6 Jujur).

Hanya gambar menceritakan segalanya...

I ALWAYS MISS YOU ALL FRIENDS!!!

BE THE BEST AMONG THE BEST!!!



Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009 - Jawab, jangan tak jawab!


Hari ini, UPSR berlangsung di seluruh negara. Hari pertama telah dilalui dengan tenang. Esok belum pasti.

Semoga rakan-rakanku di SK Tanjong Malim dan SK Kampong Melayu, Kluang akan menjawab dengan tenang. Harapan aku, kita akan berrjaya dalam UPSR 2009 ini. Insyaallah.


Monday, March 2, 2009

Blog Diari Amira Ada Dalam Paper!!!!!

Ini adalah BERITA TERGEMPAR. Anda mahu lihat apa tajuk utamanya, lihat di bawah ini. Jeng, jeng,jeng.
Percaya tak? Kalau tak percaya sudah. Siapa yang nak cuba di sini.

Sunday, March 1, 2009

Angkasawanita!!!


Ini lagi satu gambar daripada PhotoFunia pula. Gambar sebagai angkasawanita yang berada di angkasa lepas. Cayalah!!!

Saturday, February 28, 2009

Edit gambar

Hari ini aku belajar edit gambar secara online dengan ayah. Nama lamanwebnya ialah LoonaPix. Kawan-kawan yang nak mencuba, boleh le. Sangat menarik.


Inilah hasil edit gambar tu. Aku menjumpai gambar aku semasa kecil berumur lebih kurang 3 @ 4 tahun. Aku tak ingat dah. Cantik tak?

Latihan Score A

Hari ini, aku pertama kalinya membuat latihan di laman web di score A. Aku membuat latihan Bahasa Melayu. Kalau tidak percaya tengok di bawah ini. Dapat 100% pula tu.



Sesiapa yang ingin melayarinya, di sini: