BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jom Borak

Monday, August 18, 2008

Aku Boleh Buat!!!

Pada 17.8.08, iaitu pada hari semalam aku ada menyertai Pertandingan J-Robik Peringkat Daerah di Stadium Tertutup Kluang. Guru pelatih J-Robik (Cikgu Mahaidah) aku suruh datang pada pukul 7.30. Oleh itu, sebelum pertandingan itu, pada malamnya aku terpaksa tidur awal tetapi sebelum itu aku mengemaskan barang-barang untuk dibawa esoknya nanti (pada 17.8.08).

Keesokan harinya, mama mengejutkan aku pada pukul 7.00. Aku terus mengambil tuala dan bergegas ke bilik air untuk mandi. Selepas itu, aku memakai baju sukan yang diberikan oleh cikgu dan seluar jogging. Mama aku memasak cempedak goreng dan air milo untuk sarapan. Emm...sedapnya!!!

Selepas bersarapan, aku terus pergi ke kereta. Mama aku memandu kereta. Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di sekolah. Aku berjumpa dengan kawan-kawan aku Atira, Alifah, Alia dan lain-lain lagi. Kami menunggu cikgu Mahaidah. Tidak lama kemudian, cikgu pun datang.

Cikgu mengagihkan murid-murid untuk menaiki kereta yang ada. Aku dan kawan-kawanku menaiki kereta cikgu Rahman. Cikgu menghantar kami ke Stadium Tertutup Kluang itu. Di dalam kereta aku berasa sungguh takut, tetapi aku cuba untuk menenangkan hatiku ini.

Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di tempat tersebut. Kami menunggu cikgu Mahaidah dan cikgu-cikgu lain sampai dahulu. Cikgu Rahman pulang dahulu ke rumahnya. Tidak lama kemudian, cikgu pun sampai. Cikgu menyuruh kami masuk dahulu ke dalam dan berkelakuan sopan supaya tidak mengganggu pasukan-pasukan lain. Sewaktu masuk ke dalam aku melihat banyak pasukan sekolah yang ada. Hati aku berasa sungguh berdebar-debar apabila melihat pasukan sekolah-sekolah yang lain. Aku berasa mereka sungguh hebat.

Kami mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Aku dan kawanku duduk di tempat yang di atas sekali.

Saturday, August 16, 2008

Eee... Dalamnya

Hari ini berdebar sahaja jantungku, sehingga tidak ada selera hendak makan. Sebenarnya aku ada menyertai "Kelab Renang" dan hari ini 16.8.08 adalah acara penutupnya. Semasa bertolak ke sana aku berasa sungguh takut, semasa berada di dalam kereta. Apabila sampai di sana, aku terus pergi ke tandas dan menyalin baju renang. Sementara menunggu acara penutupnya, aku berlatih dahulu. Aku masuk ke dalam kolam renang itu dan berenang dengan perasaan yang sungguh takut. Aku berlatih dengan bersungguh-sungguh. Aku berlatih dengan menggunakan pelampung kerana aku tidak pandai berenang jika tidak menggunakan pelampung.



Beberapa minit kemudian, acara penutupnya pun bermula. Aku pergi ke tempat yang disuruh. Jantungku berasa seperti digoncangkan seperti gempa bumi. Aku beratur di hadapan sekali kerana namaku bermula dengan huruf A. Aku pun beratur mengikut giliran yang ditetapkan. Jantungku berasa lebih berdebar-debar dari yang biasa. Hatiku berkata"Eee...takutnya dahlah airnya dalam, lepas tu pertama sekali pulak tu kalau tenggelam nanti macam mana ek, eee...takutnya". Walaupun begitu, aku cuba untuk menenangkan hatiku. Sebelum acara itu bermula, ia dipermulakan dengan bacaan doa, ucapan guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu dan diakhiri dengan ucapan Ketua Anjuran Kelab Renang itu.

Acara itu pun bermula. Aku berhati-hati turun menuruni tangga. Aku mengambil pelampung dan terus berenang. Aku berenang dengan sedaya-upaya supaya tidak terberhenti di tengah-tengah. Nasib baik ada pelatih yang menjaga aku. Aku berenang, berenang, berenang dan berenang. Akhirnya aku sampai ke penghujungnya. Aku berasa sungguh gembira kerana telah berjaya berenang hingga ke penghujungnya.



Aku terus meletakkan pelampung ke tepi dan menaiki tangga. Aku diberikan tuala dan sijil oleh Ketua Anjuran Kelab Renang itu. Aku mendapat tuala yang berwarna pink, warna kegemaran aku. Aku terus ke bilik air untuk menyalin baju. Selepas selesai, aku terus masuk ke kereta.
Di rumah aku menceritakan kepada ayahku. Ayahku berasa sungguh bangga terhadap aku.


Pengalaman Itu Sukar Untuk Aku Lupakan Kerana Ianya Telah Memberi Pengajaran Kepada Aku Supaya Cuba Dahulu Sebelum Berkata Apa-Apa............

Monday, August 4, 2008

Alamak....Besok Periksa

Hello..kawan-kawan semua, berdasarkan tajuk diatas memang benar besok periksa. Ianya bermula pada 20,21, 22 dan 23. Empat hari kan, tapi susah juga sebab periksa sekolah agama dengan periksa sekolah kebangsaan pada tarikh yang sama. Tapi bukannya ulangkaji, he...he...he... . Saya dah ulangkaji dah, sikit sahaja tak banyak pun, sebab boring. Memanglah kalau dah baca buku tu rasa nak mengantuk kan.

Kalau dah boring tu nak buat apa? Bukaklah blog ni tulis, lagi best kan? Tapi kita berehat sekejap ye, sebab nak makan dulu. Bye...Bye.

Ohh..... Panasnya

Sudah lama aku tidak membuat cerita yang baru, kerana terlalu sibuk. Maklumlah bersekolah lagi, sibuk pasal nilah, sibuk pasal tulah. Banyak kerja sekolah, lepas tu kena pergi sekolah agama. Tetapi hari ini aku lapang sikit kerana hari ini aku tidak ke sekolah agama, kerana hari ini ada pertandingan musabaqah. Jadi semua yang tidak masuk pertandingan tidak payahlah pergi sekolah.

Pada malam minggu lepas, hari Sabtu, 19 April 08.

Pada hari yang tertera di atas, aku dan keluarga pergi ke rumah kawan mama aku untuk "Mandi Wap". Kawan mama aku itu bernama Patidah binti Athiran. Jadi siapa yang kenal tu pergilah dekat situ. Alamatnya ialah no. 120, Jln Padang Tembak 86000 Kluang, Johor. Nombor telefonnya ialah 013-7515067. Nombor telefon suaminya pula ialah 013-7422265. Bagus tau untuk kesihatan. Masa pergi mandi wap tu mama aku penat bekerja dan ayah aku pula sakit kepala. Tapi masa pergi situ mama aku dah tak penat dan ayah aku pula dah tak sakit kepala.
Masa nak pergi dekat situ kenalah bawa kain batik untuk perempuan dan kain pelikat pula untuk orang lelaki serta bawa juga tuala dan kain basahan(kain pelikat/kain batik).

Masa dalam wap tu pula, siapa yang pakai cermin mata perlulah buka kerana nanti cermin mata jadi berwap. Di dalam tu pula kena bernafas melalui hidung kerana kalau bernafas melalui mulut nanti umpama sesak nafas. Tetapi masa duduk dalam itu, mestilah kena keluar sekejap-sekejap, kerana kalau duduk dalam tu tidak keluar-keluar nanti jadi ayam panggang karang. Masa keluar sekejap-sekejap itu makcik itu ada sediakan ' ubat jamu' jadi mestilah pakai di badan. Selepas pakai 'ubat jamu' itu kenalah masuk dalam balik supaya nak hilangkan ubat itu.

Peraturan-peraturannya pun ada iaitu:

Sebelum Mandi Wap... .

* Mandi / bersihkan diri di rumah

Semasa Mandi Wap... .

*Keluar dari bilik wap setiap 20 minit
*Rehat 3-5 minit sebelum masuk semula
*Minum air dengan banyaksebab anda banyak berpeluh
*Gosok badan untukmembuang daki / sel kulit mati. Bahan lulur (ubat jamu) boleh digunakan

Selepas Mandi Wap... .

*Tidak perlu mandi(mandi pagi esoknya)
(jika mandi wap waktu malam)
*Elakkan menggunakan air-con (kereta atau bilik tidur)
*Banyakkan minum air suam.

Itulah antara-antara peraturannya.

Jika anda mengalami perkara-perkara di bawah ini:-

*Masalah pernafasan
*Alahan
*Bronchitis
*Resdung
*Asthma / lelah
*Mengalami stress
*Masalah tidur
*Masalah kulit kering dan tidak bermaya
*Ketegangan otot
*Masalah peredaran darah
*Penat bekerja
*Keletihan
*Sakit-sakit sendi (Arthritis)
*Radang sendi (Rheumatism)

Kebaikan mandi wap herba:-

*Menyegarkan minda dan tubuh badan serta menghilangkan ketegangan otot-otot.
*Menghilangkan "stress" setelah seharian bekerja keras.
*Meningkatkan metabolisma badan.
*Menyingkirkan sel-sel mati pada kulit dan melembutkan kulit.
*Melancarkan peredaran darah.
*Menyingkirkan toxin dari tubuh badan melalui peluh.
*Menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati dan meransang pembinaan sel kulit yang baru.
*Meransang sistem imunisasi.
*Meransang sistem limpa dengan meningkatkan peredaran darah.
*Membantu meringankan beban penyakit semput/lelah/asma, alahan dan sakit-sakit sendi. (Arthritis).
*Baik untuk pesakit rheumatism.
*Membantu mereka yang mempunyai masalah susah tidur.

Seronok tidak terkata

Hari ini aku berasa sungguh gembira, kerana hari ini aku dapat membuat blog aku sendiri. Ianya adalah dengan bantuan ayah dan ibuku. Dah berapa lama aku ingin membuat blog, tetapi asyik ditangguhkan sahaja, kerana aku masih bersekolah lagi. Aku akan menceritakan semua yang aku rasa di dalam hati ini.


Sebelum itu, aku akan menceritakan pasal diri aku dahulu. Nama aku ialah Amira binti Azlan. Aku baru berumur 11 tahun. Aku bersekolah di Sekolah kebangsaan Kampong Melayu. Aku berada di kelas 5 Siantan. Makanan kegemaran aku ialah masakan emak, kari ayam dan roti canai. Minuman kegemaran aku pula ialah milo ais, milo tarik dan fresh oren. Cita-cita aku ialah ingin menjadi doktor jika bernasib baik. Jika tak bernasib baik jadi guru je lah.

Anggota keluarga aku mempunyai 5 orang, tetapi sebenarnya anggota keluarga aku ada 6 orang tetapi apakan daya rezeki tidak ada, kerana selepas aku lahir seorang sudah gugur. Jadi aku ada 3 orang adik beradik termasuk aku. Aku adalah anak yang pertama.

Adik aku yang kedua pula bernama Amirul bin Azlan. Dia berumur 9 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Seri Intan. Dia berada di darjah 3 Berlian. Si Amirul ni dia tu punyalah degil dan keras kepala. Apa punya adiklah tu kan. Siapa yang ada adik macam tu memang rasa nak berapi dibuatnyakan. Tapikan kadang-kadang dia ni baik juga.

Adik aku yang terakhir pula berumur 7 tahun. Dia juga bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Intan. Dia berada di darjah 1 Berlian juga. Si Amir ni pula dia ni memang manja sangat, biasalah anak yang terakhir. Tapi kadang-kadang dia pun degil ngan keras kepala, tapi dia ni pun boleh tahan la..... .

Ayah aku pula bernama Azlan bin Lin. Beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Seri Intan. Beliau adalah seorang yang tegas, garang dan kadang-kadang kelakor. Tapi yang peliknyakan dekat sekolah murid-murid lain semua kata ayah aku tak garang, tapi kat umah mcm garang je.

Ibu aku pula bernama Rozita binti paiman. Beliau juga bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu. Beliau seorang yang lemah-lembut tapi kadang-kadang garang juga. Biasalah dah buat salah mestilah kena marah.

Oklah, sekarang aku nak cerita pasal blog aku pula. Aku membuat blog aku berwarna pink kerana aku suka warna pink.
Sebab-sebab aku suka warna pink kerana:

Merah jambu atau merah muda atau sering pula disebut pink adalah corak warna yang merupakan perpaduan antara warna merah dan putih. Merah jambu sering dikaitkan dengan sifat-sifat dan hal-hal yang feminin.

Merah jambu juga merupakan warna bola snooker bernombor 6. Di Jepang, warna merah jambu mengandung makna homoseksualitas.

Warna dingin, adalah kelompok warna dalam rentang setengah lingkaran di dalam lingkaran warna mulai dari hijau hingga ungu (terdapat warna pink ataupun merah muda atau merah jambu). Warna ini menjadi simbol kelembutan, sejuk, nyaman dan sebagainya. Warna sejuk mengesankan jarak yang jauh.