BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jom Borak

Saturday, November 21, 2009

:: Kenangan UPSR 2009 dan kawan-kawan ::

:: Kenangan sewaktu keputusan UPSR 2009 diumumkan ::
(19 November 2009)



Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya aku berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2009. Aku juga mengucapkan banyak-banyak... terima kasih kepada guru-guru di SK Kampong Melayu (2004-2008) dan SK Tanjong Malim (2009) yang telah mengajar aku tanpa mengenal erti penat lelah. Terima kasih cikgu!!!

Aku juga mengucapkan banyak-banyak ....terima kasih kepada mama dan ayah sebab sanggup tahan dengan kerenah aku selama ini dan juga sanggup menghabiskan beringgit-ringgit untuk membeli bermacam-macam buku, alat tulis dan persediaan untuk menghadapi UPSR tahun ini. Aku juga berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mendoakan aku supaya berjaya dalam UPSR, terutamanya kepada mama, ayah, adik-adik, atuk, nenek, rakan-rakan dan ra...mai.... lagi. Terima kasih semua!!!

Aku juga berharap, sesiapa yang tidak mendapat keputusan UPSR yang memuaskan, harap mereka tabahkan hati supaya tidaklah terlalu sedih dengan keputusan itu. Walaupun begitu, pastikan usaha beterusan kerana UPSR hanyalah sebagai langkah permulaan yang belum pasti untuk menentukan keputusan laluan kehidupan di masa akan datang... Kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha. Insyaallah...


:: Kenangan selepas keputusan UPSR 2009 diumumkan ::
(Kawan-kawan boleh download sekarang)

Di tempat perhimpunan.
Di taman.
Di pondok "Pak Guard".
Di taman.
Di taman.
Di pondok "Pak Guard".

Di kantin (Murid kelas 6 Jujur).

Hanya gambar menceritakan segalanya...

I ALWAYS MISS YOU ALL FRIENDS!!!

BE THE BEST AMONG THE BEST!!!



Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009 - Jawab, jangan tak jawab!


Hari ini, UPSR berlangsung di seluruh negara. Hari pertama telah dilalui dengan tenang. Esok belum pasti.

Semoga rakan-rakanku di SK Tanjong Malim dan SK Kampong Melayu, Kluang akan menjawab dengan tenang. Harapan aku, kita akan berrjaya dalam UPSR 2009 ini. Insyaallah.


Monday, March 2, 2009

Blog Diari Amira Ada Dalam Paper!!!!!

Ini adalah BERITA TERGEMPAR. Anda mahu lihat apa tajuk utamanya, lihat di bawah ini. Jeng, jeng,jeng.
Percaya tak? Kalau tak percaya sudah. Siapa yang nak cuba di sini.

Sunday, March 1, 2009

Angkasawanita!!!


Ini lagi satu gambar daripada PhotoFunia pula. Gambar sebagai angkasawanita yang berada di angkasa lepas. Cayalah!!!

Saturday, February 28, 2009

Edit gambar

Hari ini aku belajar edit gambar secara online dengan ayah. Nama lamanwebnya ialah LoonaPix. Kawan-kawan yang nak mencuba, boleh le. Sangat menarik.


Inilah hasil edit gambar tu. Aku menjumpai gambar aku semasa kecil berumur lebih kurang 3 @ 4 tahun. Aku tak ingat dah. Cantik tak?

Latihan Score A

Hari ini, aku pertama kalinya membuat latihan di laman web di score A. Aku membuat latihan Bahasa Melayu. Kalau tidak percaya tengok di bawah ini. Dapat 100% pula tu.



Sesiapa yang ingin melayarinya, di sini:


Monday, February 23, 2009

Perubahan Warna Blog

Cantikkan. Ayah saya baru tukarkan. Silalah lawati blog saya ini.

Saturday, January 17, 2009

Sekolah Baru!!!

Sekarang aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim kerana aku telah berpindah ke Tanjong Malim. Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu di Johor. Aku berpindah ke Tanjong Malim kerana ayah dan mamaku ingin sambung belajar di UPSI. Ayah aku belajar sepenuh masa manakala mamaku pula belajar separuh masa. Mamaku belajar separuh masa kerana masih mengajar lagi. Masih menjadi cikgu.

Papan signboard

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim itu dekat sahaja dengan rumah yang aku sewa sekarang ini. Oleh itu, setiap pagi aku dan adik-adik aku pergi ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja. Sebenarnya, kami boleh pergi ke sekolah dengan menaiki basikal tetapi nanti yng naik basi kal kena keluar akhir sekali. Orang yang tidak menaiki basikal pula akan keluar awal. Jadi kami berjalan kaki sahajalah.

Gambar SK Tanjong Malim

Pada hari pertama sekolah, aku dan adik-adikku bangun dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Kami sekeluarga selalunya tidak bersarapan bersama-sama. Mamaku selalu kena bangun awal setiap hari Isnin hingga hari Jumaat kerana hendak memasak untuk makanan tengahari. Selepas memasak, mamaku terus bersiap untuk pergi ke sekolah. Sekolah mamaku adalah di Felda Sungai Behrang. Sekolahnya adalah di dalam kawasan kampung dan bernama Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Sekolahnya pula berwarna pink.

Gambar SK Sungai Behrang

Selepas bersiap-siap, aku dan adik-adikku terus menyalam emakku. Oleh sebab hari pertama sekolah, ayahku pergi dengan kami ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, ayah aku menyuruh aku dan adik-adikku tunggu di kantin kerana ayahku ingin pergi ke pejabat untuk memberitahu kelas yang akan aku masuk. Jadi aku dan adik-adikku tunggulah di kantin. Aku lihat ada murid yang menaiki kereta dan ada yang menaiki basikal dan ada juga yang berjalan kaki seperti aku tetapi tidak ramai juga yang berjalan kaki.

Apabila ayahku keluar daripada pejabat, ayahku berkata bahawa kami belum dapat lagi kelas. Ayahku pula tertinggal handphone di rumah. Jadi ayahku pergi balik ke rumah untuk mengambil handphone. Beberapa minit kemudian, cikgu di atas pentas perhimpunan menyuruh murid-murid semua beratur di dalam barisan kelas masing-masing. Aku dan adik-adikku belum tahu kelas mana jadi kami beratur di mana-mana sahajalah. Aku beratur di bahagian darjah enam manakala adik-adikku beratur di bahagian empat dan dua. Perhimpunan pun dijalankan. Selalunya apabila perhimpunan kita akan menyanyikan lagu. Dulu apabila aku tinggal di Johor aku perlu menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan lagu sekolah SKKM tetapi apabila di Perak aku perlu menghafal lagi dua buah lagu iaitu lagu negeri Perak dan lagu sekolah SKTM pula. Lagu Negaraku aku tidak perlu kisahlah sebab dah tahu. Jadi apabila menyanyikan dua buah lagu itu aku akan senyap sahajalah.

Selepas selesai perhimpunan, cikgu ada memberitahu bahawa budak baru hanya tunggu di situ sahaja. Jadi aku dan adik-adikku tunggu di situ sahaja. Selepas itu, ada seorang cikgu menyuruh budak-budak baru mengikutnya pergi ke pejabat. Apabila sampai di pejabat, cikgu memanggil nama budak-budak dan memberitahu kelas yang akan dimasuki. Apabila sampai giliran aku, cikgu memberitahu aku bahawa aku akan berada di dalam kelas 6 Amanah. Amirul pula berada di dalam kelas 4 Tabah dan Amir pula akan memasuki kelas 2 Tabah juga. Cikgu itu juga memberitahu di mana tempat kelas itu. Kami pun pergi ke kelas kami masing-masing.

Di dalam kelas, aku duduk diam sahaja kerana tidak dapat kawan lagi........ Apabila waktu rehat, aku dan Amirul rehat bersama manakala Amir pula rehat awal kerana dia berada di tahap 1. Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah tamat jadi kami masuk ke kelas masing-masing. Kami belajar seperti biasa.

Apabila jam menunjukkan pukul 1.30 petang, loceng pun berbunyi. Cikgu menyuruh kami beratur. Kami pun keluar. Ayah aku ada menunggu aku dan adik-adikku di tempat menunggu. Apabila pakcik jaga membuka pintu pagar sekolah semua murid keluar. Aku dan adik-adikku serta ayahku pergi keluar juga.

Gambar hiasan

Apabila sampai di rumah kami terus bersiap untuk pergi ke sekolah agama pula. Kami pergi ke sekolah agama dengan menaiki van. Setiap hari kami melintasi dua negeri iaitu Selangor dan Tanjong Malim kerana sekolah agama kami adalah di Selangor. Namanya ialah Sekolah Agama Ulu Bernam. Sekolah itu bermula pada pukul 2.30 hingga pukul 5.30. Cepat sekolahnyakan.